Thursday, 29 November 2012

Keep Calm Allah is With Us

Ujian datang bertimpa,
bukan tanda Dia ingin menyiksa,
Tidak aku pinta,
Ujian yg datang menduga.

Penat, lelah, putus asa,
Biasa dah aku rasa,
Tapi bukan hadir dgn sia-sia,
Kerna pasti ada pengajarannya.

Nabi telah mengajar,
Usah berputus asa daripada nikmatNya,
Sentiasa kita berharap kepadaNya,
Nescaya selamat hingga akhirnya.

Nikmat Allah beri harus kita syukuri,
Usah runguti perkara yg menghantui,
InsyaAllah akan aku kuatkan langkahku ini,
Bagi menyelusuri baki sisa hidup ini.




Allah sentiasa bersama,
Usah khuatir wahai diri. 

Arif Mohammad
1823 HRS
29.11.12

Saturday, 20 October 2012

Forever I love you...


"For every day, I miss you. 
For every hour, I need you. 
For every minute, I feel you. 
For every second, I want you. 
Forever, I love you."

Kata-kata yg tulus ikhlas,
Dari sang kekasih,
buat sang kekasih.

Sungguh,
Sudah agak lama meminati kata-kata ini,
Dalam diam ia menyentuh hati yg keras ini,
Cuma kadang tidak terucap di mulut,
Kerana ia benar melunturkan hati.

Keikhlasan hatimu,
Jelas terpancar dari dalam dirimu,
Bersyukur dan beruntungnya aku,
Dipertemukan dengan dirimu.

Jangan kita pisahkan,
Kecintaan kepada Allah,
Kecintaan kepada Rasulullah,
Kecintaan kepada kedua ibu bapa,
dengan percintaan antara kita,
kerana itulah permulaan cinta,
yang akan membawa kita kepada kecintaan yang sejati dan hakiki.

"Ana uhibbuki fillah <3"

"Jikalau benar cinta, pasti akan bersama ke syurga. Apa-apa yg membawa ke neraka, itu bukan cinta."
Definisi cinta sejati,
Yang aku semat dalam hati,
Ingin aku bawa kau layari,
Bersama mengharungi bahtera hidup penuh onak dan duri,
Mencapai cinta sejati,
Demi mengejar redha ilahi.

Arif Mohammad.
20 Oktober 2012.
0354.

Monday, 15 October 2012

Alpa

"Banyak khilaf yang tercipta menambah titik2 noda...
Terlalu banyak dosa2 yang telah ku baja..
Dalam sedar tidak sedar aku banyak alpa...
Jiwa hanyut dalam cintakan dunia..
Hati leka lupakan Dia...
Dalam kecewa aku banyak berputus asa..
Dalam gembira aku lupa untuk syukur kurniaanNya...
Dalam berjaga2, aku masih mencoret murkaNya...
Dalam pada aku beringat2, aku jua lemas di cobaan dunia...
Sesungguhnya Allah maha pengampun, ampuniku, Ya Allah..."
copy right by Hamba Allah.

Walau bukan hasil coretanku...
Namun begitulah gambaran isi hatiku...
Hidup didunia ini hanya sementara...
Sandiwara yg diciptakan bagi menguji sang hamba...
Untuk Dia melihat...
Yang mana taat..
Yang mana leka..
Moga-moga aku terus kekal dijalanNya..







Arif Mohammad.
15 oktober 2012.
Jam 1920.


Thursday, 9 August 2012

Gelora jiwa



Hati...
Dalam bahasa arab adalah qalbu
Yang mana juga beerti yg berbolak balik
Begitulah gambaran keadaan yg aku alami sekarang ini
Hilang keyakinan
Penuh keraguan
Seringkali was-was dlm keputusan
Dan macam-macam lagi
Tidak tenang dibuatnya
Mungkin...
Banyak aku lalai dalam mengingati-Nya
Banyak amalan yg aku tidak jaga
Barangkali ini adalah ujian yg diberikan oleh-Nya
Jadi..
Aku perlukan masa untuk menyendiri
Aku perlukan masa untuk mencari ketenangan
Aku perlukan masa untuk mendekatkan diri kepada-Nya
Dan,
Masa itu perlu aku cari
Walau sesusah manapun keadaan

Ya Allah aku pohon kekuatan
Ya Allah aku pohon sokongan
Ya Allah aku pohon kemudahan

Monday, 6 August 2012

Tawakkal itu penting

"bila letak harapan terlalu 'high' terhadap manusia ,
ditolak merana .
diterima terlalu gembira .

sampai lupa pergantungan dan pengharapan pd DIA ."
Terbaca status seorang rakan di facebook sebentar tadi.

Apa yg ditulis benar-benar menyentuh hati ku.
Memberi sedikit tamparan dan menyedarkan dimana kesilapan aku.
Selama ni aku terlupa yg bahawa disetiap usaha perlu ada tawakkal
Disetiap yg kita lakukan haruslah kita membiarkan Allah tentukan baik buruk tindakan kita
Biar Allah tentukan keputusannya.
Aku sering kali tewas dgn perasaan aku sendiri sebelum ini
Dek kerana terlupa utk bertawakkal kpd Allah
Aku merana dgn kealpaan aku
No wonder aku susah nak letakkan kepercayaan kpd org
No wonder aku selalu sgt prejudis terhadap org
No wonder aku selalu buruk sangka pd org
dan No wonder aku selalu pandang rendah pd diri sendiri
Semuanya disebabkan oleh kelekaan ku utk bertawakkal kpd-Nya





Ya Allah yg Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
yg mengetahui setiap isi hati ku ini
yg mengetahui tatkala hati ini gembira
yg mengetahui tatkala hati ini bersedih
yg menciptakan perasaan cinta
Ya Allah banyak silap ku selama ini
Dan aku memohon ampun


Pesanan utk dia
Aku harap dia tenang disana
Semoga Allah melindungi dia sentiasa
Allahumma ameen :D

Lagu itu....




Lagu itu sangat bermakna buat diriku.
Lagu itu yg memberi aku inspirasi utk terus dan terus kembali kpd-Nya.
Syukur kpd Allah aku menjumpai lagu itu.
Bait-bait liriknya terasa sungguh dekat dgn diri aku.
Allahu Allah yang mempunyai kekuasaan terhadap hamba-hamba Nya.
Kita tidak pernah terlewat utk kembali kepadaNya.
Antara kita hendak atau tidak.
Semua tu atas pilihan kita.
Semoga kita sentiasa dipilih oleh-Nya agar diberi hidayah dan kekuatan utk berada dekat dengan-Nya.
Tiadalah Tuhan melainkan Allah.
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah 'Azzawajallah. :)

Thursday, 26 July 2012

Aku aku kau kau

Assalamualaikum..
Hello there.. ^_^
Alhamdulillah masih diberi peluang utk beramal kepadaNya.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya kerana masih lagi mampu berpuasa sehingga hari yg ke 6 ni. :)

Post kali ni nak kongi satu cerita
Pada suatu ketika, Allah telah menciptakan nafsu.
Lalu berlaku lah dialog antara Allah dgn nafsu..
A = Allah, N = Nafsu

A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan kau adalah kau.

Disebabkan keangkuhan dan kedegilan nafsu maka Allah mencampakkan nafsu ke dalam neraka selama seribu tahun. Selepas seribu tahun,

A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan Kau adalah Kau.

Nafsu dicampakkan semula ke dalam neraka selama seribu tahun lagi. Selepas seribu tahun,

A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan Kau adalah Kau.

Sekali lagi nafsu dicampakkan kedalam neraka selama seribu tahun. Selepas buat kali yg ketiga dicampakkan ke dalam neraka, barulah kedegilan nafsu itu luntur.

A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Kau adalah Tuhan dan aku adalah makhluk.

sumber cerita : ust abyd.

Pengajaran yg kita boleh ambil disini, nafsu memang liat utk kita tundukkan apatah lagi dengan kudrat kita yg tidak seberapa ini. Sebab itu antara jihad yg paling besar adalah berjihad atau bermujahadah melawan hawa nafsu. Kita tidak mungkin mampu utk melawan nafsu kita tanpa hidayah dan taufiq (kekuatan) daripada Allah. Jadi dibulan Ramadhan yg mulia ini ada baiknya kita banyakkan berdoa agar kita diberi kekuatan dalam menundukkan hawa nafsu dan agar kita diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan sebagai contoh solat, membaca al-Quran, zikir, menutup aurat secara sempurna dan sebagainya. InsyaAllah. :)

Friday, 20 July 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ^_^

Assalamualaikum.
Hello there. ^_^

Alhamdulillah ramadhan kembali lagi.
Semoga dapat sama-sama kita merasainya lagi insyaAllah.
Kerna mungkin ajal menjemput kita sesaat sebelum sempat kita menjejak ke ramadhan kali ini.

Allah memberikan banyak ganjaran kepada hambaNya pd bulan ini.
Amat rugilah pada mereka yg tidak berebut utk mengejarnya.
Dgn solat tarawihnya, dgn pembacaan Al-Quran nya, dgn sedekahnya, dgn zikirnya.
Sehinggakan sekiranya kita diam, kita dianggap sebagai bertasbih memuji Allah.
Jika kita tidur, kita dianggap sebagai beribadah.
Subhanallah.!
Amat rugi bagi kita seandainya kita mensia-siakan masa kita pada bulan ini.

Banyak perkara yg perlu kita jaga pada bulan ini.
Yg paling utama adalah niat kita.
Kenapa kita berpuasa? knp kita berzikir? knp kita baca Al-Quran? knp kita berbuka?
kenapa dan kenapa?
Sesungguhnya kita melakukan setiap sesuatu itu adalah kerana Allah Taala.
Dan kita juga mengharapkan ganjaran yg dijanjikan oleh Allah.
Janganlah kita berniat supaya kita dilihat oleh org lain
Janganlah kita berniat utk dipuji org
Janganlah kita berniat kita lakukan kerana seseorang
kerana mak, ayah, suami, isteri, kekasih dan lain-lain lagi.
Itu semua akn menyebabkan kita riak.!
Hilanglah usaha kita utk mencapai keikhlasan
kerana tidak diterima ibadah seseorang melainkan dia ikhlas.
Ayuh berusaha kearah itu. insyaAllah.

Dan juga kita kena jaga mata kita daripada melihat yg haram,
kita kena jaga mulut kita daripada berkata yg sia-sia dan mengumpat
kita kena jaga telinga kita daripada mendengar yg bukan-bukan dan mendengar umpatan
kita kena jaga aurat kita supaya tidak dilihat oleh yg bukan mahram
secara bahasa mudahnya kita kena jaga setiap daripada anggota kita daripada melakukan yg haram.
bukan setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga malah anggota kita juga perlu berpuasa.

Bulan ramadhan juga adalah bulan yg diberikan keampunan kpd kita
Allah menerima doa,taubat dan permohonan maaf kita diatas dosa-dosa kita yg lalu.
Sesungguhnya kita anak adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.
Saat inilah peluang utk kita meraih pengampunan daripada Allah S.W.T.
Sifat kasih Allah itu lebih daripada sifat murka-Nya.
Sungguh Allah kasih akan kita
Kenapa tidak kita bersifat begitu juga kepada Allah?
Astaghfirullah..

Dan didalam bulan Ramadhan ini kita digalakkan utk meminta empat perkara
Dua perkara itu akan mendatangkan keridhaan Allah
iaitu mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (melafazkan dua kalimah syahadah)
dan memohon keampunan kepada-Nya (dgn istighfar kepada-Nya)
Dua perkara pula adalah perkara yg sgt kita perlukan
iaitu memohon syurga Allah dan perlindungan daripada api neraka.

Semoga ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas
Ayuh berusaha utk meraih segala ganjaran dan keampunan daripada Allah Taala.
Amat rugilah kepada sesiapa yg melangkah keluar daripada bulan ramadhan dgn tidak mengalami apa-apa perubahan.
Salam ramadhan 1433H. :)


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ^_^

Monday, 2 July 2012

I'm Arif Mohammad..

Assalamualaikum...
Hello there..  :)

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya diri ini masih dapat lagi bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai hamba.
Memang dah lama simpan hajat nak buat blog akhirnya tercapai jua cita2 dengan pembikinan blog ini.
Yeay..! hehe.

Sedikit intro about myself. 


Nama sebenar Nik Muhamad Arif Bin Nik Mohammad.
Lebih prefer dikenali sbg Arif Mohammad. (handsome sket nama cmni. hehe)
Asal dari Kuala Lumpur yg indah lagi bercahaya.
Org sering bertanyakan ada nama nik tu means org kelantan ke?
Haaa ni jawapannya.. 
My dad asal dari kelantan. And my mom berasal dari Johor. 
Dorg jumpa kat kl. Settle down and menetap terus kat kl smpai sekarang.
So i'm originally from KL. Lahir KL, membesar di KL..
Umur nak cecah 20 dah bila 15 september menjelang nanti.
Pernah bersekolah di SMK Seri Titiwangsa KL.
Dari form 1 smpai form 5 skolah yg sama.
Then masuk matrik Perak setahun amek sains fizikal.
Kini masih berjaya menyambungkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Mengambil jurusan Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk)
Asalnya mmg tak pernah dengar langsung pasal course ni.
Dari sekolah lagi dah aim nak amek mechanical.
Mmg Allah dah tetapkan sejak azali lagi, jadi dapatlah course yg mula2  ni.
Bila kaji2 balik tak banyak pon beza dgn mechanical.
And yg paling best dapat pulak course design.

Mmg dah aim dari skolah nak buat design.
Alhamdulillah dapat.. :)
My biggest interest is in photography.
Hobi yg dah mula diminati sejak dari bangku sekolah lagi.
Minat ni bermula sejak mengenali cikgu seni kat sekolah.
Cikgu Siti Fairuz namanya.
Time dulu dia ada dslr nikon D40 and itulah first dslr yg aku pegang.
then minat ini membiak dengan rakusnya pabila makin byk dslr berjaya aku pegang.
tapi aku sendiri takde dslr. sedih. sob3. 
takpe insyaAllah suatu hari nanti ada rezeki utk ada satu. hee.


Sedar tak sedar dah hampir 20 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni.
Aku juga bukanlah manusia yg sempurna dari pelbagai aspek.
Org mungkin pandang tinggi, org juga mungkin pandang rendah.
Namun aku adalah aku.
Hanya manusia biasa yg masih lagi dalam proses perubahan.
Aku juga punya kisah silamku.
Yang tidak enak dipandang apatah lagi didengar mahupun dirasa.
Tidak ingin ku pandang kebelakang, kerna sudah ku putuskan utk terus melangkah.
Melangkah ke arah dimensi yang baru.
Melangkah mencari apa yg diredhai-Nya.
Tolong doakan aku.
Apa yang aku cuba nukilkan di blog ini di masa akan datang,
adalah sedikit pengalaman dan ilmu yg aku peroleh sepanjang 20 tahun hidup.
Dan pendapat2 yg ingin aku utarakan terutama dalam isu semasa yg bermain disekeliling kita.
Pengharapan ku tidak banyak,
hanya mengaharapkan apa yg bakal aku nukilkan nanti
diredhai Allah dan anda-anda semua dapat mengambil iktibar
walaupun iktibar itu hanyalah sebesar zarah sekalipun.
Terima kasih..

Kepada beliau.
Terima kasih sebab sudi membantu utk menyiapkan blog ni.
Tanpa bimbingan awak, hancur blog ni. haha.
Dan terima kasih sebab menjadi seorang kawan yg sangat baikk.
Doakan yg terbaik utk kita sentiasa. Ameen..

Jazakkallah khairan khatira. :)