Monday, 2 July 2012

I'm Arif Mohammad..

Assalamualaikum...
Hello there..  :)

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya diri ini masih dapat lagi bernafas dan meneruskan kehidupan sebagai hamba.
Memang dah lama simpan hajat nak buat blog akhirnya tercapai jua cita2 dengan pembikinan blog ini.
Yeay..! hehe.

Sedikit intro about myself. 


Nama sebenar Nik Muhamad Arif Bin Nik Mohammad.
Lebih prefer dikenali sbg Arif Mohammad. (handsome sket nama cmni. hehe)
Asal dari Kuala Lumpur yg indah lagi bercahaya.
Org sering bertanyakan ada nama nik tu means org kelantan ke?
Haaa ni jawapannya.. 
My dad asal dari kelantan. And my mom berasal dari Johor. 
Dorg jumpa kat kl. Settle down and menetap terus kat kl smpai sekarang.
So i'm originally from KL. Lahir KL, membesar di KL..
Umur nak cecah 20 dah bila 15 september menjelang nanti.
Pernah bersekolah di SMK Seri Titiwangsa KL.
Dari form 1 smpai form 5 skolah yg sama.
Then masuk matrik Perak setahun amek sains fizikal.
Kini masih berjaya menyambungkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Mengambil jurusan Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk)
Asalnya mmg tak pernah dengar langsung pasal course ni.
Dari sekolah lagi dah aim nak amek mechanical.
Mmg Allah dah tetapkan sejak azali lagi, jadi dapatlah course yg mula2  ni.
Bila kaji2 balik tak banyak pon beza dgn mechanical.
And yg paling best dapat pulak course design.

Mmg dah aim dari skolah nak buat design.
Alhamdulillah dapat.. :)
My biggest interest is in photography.
Hobi yg dah mula diminati sejak dari bangku sekolah lagi.
Minat ni bermula sejak mengenali cikgu seni kat sekolah.
Cikgu Siti Fairuz namanya.
Time dulu dia ada dslr nikon D40 and itulah first dslr yg aku pegang.
then minat ini membiak dengan rakusnya pabila makin byk dslr berjaya aku pegang.
tapi aku sendiri takde dslr. sedih. sob3. 
takpe insyaAllah suatu hari nanti ada rezeki utk ada satu. hee.


Sedar tak sedar dah hampir 20 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni.
Aku juga bukanlah manusia yg sempurna dari pelbagai aspek.
Org mungkin pandang tinggi, org juga mungkin pandang rendah.
Namun aku adalah aku.
Hanya manusia biasa yg masih lagi dalam proses perubahan.
Aku juga punya kisah silamku.
Yang tidak enak dipandang apatah lagi didengar mahupun dirasa.
Tidak ingin ku pandang kebelakang, kerna sudah ku putuskan utk terus melangkah.
Melangkah ke arah dimensi yang baru.
Melangkah mencari apa yg diredhai-Nya.
Tolong doakan aku.
Apa yang aku cuba nukilkan di blog ini di masa akan datang,
adalah sedikit pengalaman dan ilmu yg aku peroleh sepanjang 20 tahun hidup.
Dan pendapat2 yg ingin aku utarakan terutama dalam isu semasa yg bermain disekeliling kita.
Pengharapan ku tidak banyak,
hanya mengaharapkan apa yg bakal aku nukilkan nanti
diredhai Allah dan anda-anda semua dapat mengambil iktibar
walaupun iktibar itu hanyalah sebesar zarah sekalipun.
Terima kasih..

Kepada beliau.
Terima kasih sebab sudi membantu utk menyiapkan blog ni.
Tanpa bimbingan awak, hancur blog ni. haha.
Dan terima kasih sebab menjadi seorang kawan yg sangat baikk.
Doakan yg terbaik utk kita sentiasa. Ameen..

Jazakkallah khairan khatira. :)

2 comments:

  1. Ameen..
    heyy. saya eeqa. nice to meet you.. :))

    ReplyDelete
  2. heyy eeqa. saya arif. nice to meet you too.. :))

    ReplyDelete