Assalamualaikum..
Hello there.. ^_^
Alhamdulillah masih diberi peluang utk beramal kepadaNya.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya kerana masih lagi mampu berpuasa sehingga hari yg ke 6 ni. :)
Post kali ni nak kongi satu cerita
Pada suatu ketika, Allah telah menciptakan nafsu.
Lalu berlaku lah dialog antara Allah dgn nafsu..
A = Allah, N = Nafsu
A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan kau adalah kau.
Disebabkan keangkuhan dan kedegilan nafsu maka Allah mencampakkan nafsu ke dalam neraka selama seribu tahun. Selepas seribu tahun,
A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan Kau adalah Kau.
Nafsu dicampakkan semula ke dalam neraka selama seribu tahun lagi. Selepas seribu tahun,
A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Aku adalah aku dan Kau adalah Kau.
Sekali lagi nafsu dicampakkan kedalam neraka selama seribu tahun. Selepas buat kali yg ketiga dicampakkan ke dalam neraka, barulah kedegilan nafsu itu luntur.
A : Aku adalah Tuhan dan Kau adalah makhluk.
N : Kau adalah Tuhan dan aku adalah makhluk.
sumber cerita : ust abyd.
Pengajaran yg kita boleh ambil disini, nafsu memang liat utk kita tundukkan apatah lagi dengan kudrat kita yg tidak seberapa ini. Sebab itu antara jihad yg paling besar adalah berjihad atau bermujahadah melawan hawa nafsu. Kita tidak mungkin mampu utk melawan nafsu kita tanpa hidayah dan taufiq (kekuatan) daripada Allah. Jadi dibulan Ramadhan yg mulia ini ada baiknya kita banyakkan berdoa agar kita diberi kekuatan dalam menundukkan hawa nafsu dan agar kita diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan sebagai contoh solat, membaca al-Quran, zikir, menutup aurat secara sempurna dan sebagainya. InsyaAllah. :)
i ada dgardari ustaz nafsu nh dapt ditundukkan sbb Allah campakkannya di neraka yg lapar. so,sbab tuh kelebihan nye untuk umat manusia di bulan ramadan nh utk menundukkan nafsu sbb kite berpuasa.sekadar perkongsian :)
ReplyDeleteOuh yeke. i see. yup mmg btul pun bila kita puasa ni boleh tundukkan nafsu. sebab time kita lapar time tu plg sng utk nafsu kalah. thanks ats perkongsian you. :)
ReplyDelete