Hello there. ^_^
Alhamdulillah ramadhan kembali lagi.
Semoga dapat sama-sama kita merasainya lagi insyaAllah.
Kerna mungkin ajal menjemput kita sesaat sebelum sempat kita menjejak ke ramadhan kali ini.
Allah memberikan banyak ganjaran kepada hambaNya pd bulan ini.
Amat rugilah pada mereka yg tidak berebut utk mengejarnya.
Dgn solat tarawihnya, dgn pembacaan Al-Quran nya, dgn sedekahnya, dgn zikirnya.
Sehinggakan sekiranya kita diam, kita dianggap sebagai bertasbih memuji Allah.
Jika kita tidur, kita dianggap sebagai beribadah.
Subhanallah.!
Amat rugi bagi kita seandainya kita mensia-siakan masa kita pada bulan ini.
Banyak perkara yg perlu kita jaga pada bulan ini.
Yg paling utama adalah niat kita.
Kenapa kita berpuasa? knp kita berzikir? knp kita baca Al-Quran? knp kita berbuka?
kenapa dan kenapa?
Sesungguhnya kita melakukan setiap sesuatu itu adalah kerana Allah Taala.
Dan kita juga mengharapkan ganjaran yg dijanjikan oleh Allah.
Janganlah kita berniat supaya kita dilihat oleh org lain
Janganlah kita berniat utk dipuji org
Janganlah kita berniat kita lakukan kerana seseorang
kerana mak, ayah, suami, isteri, kekasih dan lain-lain lagi.
Itu semua akn menyebabkan kita riak.!
Hilanglah usaha kita utk mencapai keikhlasan
kerana tidak diterima ibadah seseorang melainkan dia ikhlas.
Ayuh berusaha kearah itu. insyaAllah.
Dan juga kita kena jaga mata kita daripada melihat yg haram,
kita kena jaga mulut kita daripada berkata yg sia-sia dan mengumpat
kita kena jaga telinga kita daripada mendengar yg bukan-bukan dan mendengar umpatan
kita kena jaga aurat kita supaya tidak dilihat oleh yg bukan mahram
secara bahasa mudahnya kita kena jaga setiap daripada anggota kita daripada melakukan yg haram.
bukan setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga malah anggota kita juga perlu berpuasa.
Bulan ramadhan juga adalah bulan yg diberikan keampunan kpd kita
Allah menerima doa,taubat dan permohonan maaf kita diatas dosa-dosa kita yg lalu.
Sesungguhnya kita anak adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.
Saat inilah peluang utk kita meraih pengampunan daripada Allah S.W.T.
Sifat kasih Allah itu lebih daripada sifat murka-Nya.
Sungguh Allah kasih akan kita
Kenapa tidak kita bersifat begitu juga kepada Allah?
Astaghfirullah..
Dan didalam bulan Ramadhan ini kita digalakkan utk meminta empat perkara
Dua perkara itu akan mendatangkan keridhaan Allah
iaitu mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (melafazkan dua kalimah syahadah)
dan memohon keampunan kepada-Nya (dgn istighfar kepada-Nya)
Dua perkara pula adalah perkara yg sgt kita perlukan
iaitu memohon syurga Allah dan perlindungan daripada api neraka.
Semoga ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas
Ayuh berusaha utk meraih segala ganjaran dan keampunan daripada Allah Taala.
Amat rugilah kepada sesiapa yg melangkah keluar daripada bulan ramadhan dgn tidak mengalami apa-apa perubahan.
Salam ramadhan 1433H. :)
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ^_^

No comments:
Post a Comment